Mungkin di antara individu tanpa
sedar kurang mengambil berat soal penjagaan mulut secara total. Jika tidak dijaga
kebersihannya besar kemungkinan akan menyebabkan nafas berbau yang boleh
mendatangkan rasa rendah diri dan kurang senang kepada orang sekeliling. Berikut beberapa cara penjagaan mulut.
Flos dan Memberus Gigi
Apa yang paling penting adalah
cara seseorang itu memberus dan membersih gigi setiap hari. Pastikan anda
menggunakan berus gigi yang betul semasa memberus gigi. Cara memberus yang
tepat turut mampu membuang bakteria. Namun penggunaan flos juga penting untuk membersihkan
lebihan makanan yang melekat di gigi anda. Jika hanya memberus gigi anda hanya akan berjaya
membersihkan 70% sahaja gigi. Lebihan makanan dan bakteria yang tersisa ini
menjadi sulfur yang menyebabkan mulut dan nafas berbau.
Membersih Lidah
Pasti masih ramai yang
mengabaikan pembersihan lidah kerana merasakan ianya tidak terkait dengan masalah
nafas berbau. Anda ternyata salah kerana anda perlu tahu bahawa terdapat banyak
bakteria yang tersembunyi di rekahan lidah dan di bahagian belakang lidah. Jadi
membersihkan lidah semasa memberus gigi sama sekali tidak boleh diabaikan.
Mengunyah Gula Getah
Pastikan gula-gula getah yang
ingin dikunyah adalah tanpa gula. Salah satu cara mudah jika anda tidak terlalu
rajin untuk memberus gigi selepas menikmati hidangan tengah hari. Ini kerana, rangsangan
air liur ketika mengunyah gula-gula getah dapat membantu mengatasi bau nafas
yang kurang menyenangkan.
Minum Air Putih
Minum air secara kerapa juga mampu
membantu mengatasi nafas dan mulut
berbau. Air yang cukup bukan sahaja penting untuk mengelakkan dehidrasi pada tubuh.
Mengamalkan minum air putih sekurang-kurangnya 2 liter sehari. Ia bukan sahaja
membantu mengurangkan nafas berbau namun turut memastikan mulut sentiasa basah dan melemahkan
bakteria hidup di dalam mulut anda.
Berjumpa Doktor Gigi
Melakukan pemeriksaan gigi secara
berkala sekurang-kurangnya setahun sekali amat penting bagi memastikan gigi
anda tidak berlubang atau mengalami masalah lain yang menjadi punca nafas berbau.
Sumber Foto: