Ada
waktunya kita akan berdepan dengan tekanan kerana masalah kewangan, kesihatan, keluarga,
tempat kerja dan sebagainya. Di zaman yang semakin mencabar ini juga ramai
antara kita lebih cenderung berdepan dengan masalah tekanan sehingga boleh
memberi kesan terhadapa kesihatan diri.
Tidak
salah untuk berasa tertekan. Namun jangan terlalu lama kerana ia bakal memberi
kesan negatif pada emosi dan fikiran seseorang.
Beberapa cara boleh diamalkan di sini bagi mengatasi atau mengurangkan tekanan yang sedang
dialami seperti berikut:
Luah
Perasaan
Masalah
yang dipendam semakin lama akan menjadi beban kepada diri. Seeloknya cari teman
pendengar yang anda percayai dan untuk berkongsi segala tekanan yang terbuku di
hati. Luahkan kesemuanya supaya beban tekanan yang ditanggung semakin
berkurang.
Menangis
Menangis
adalah salah satu cara yang berkesan untuk mengurangkan rasa tekanan di dalam
diri terutamanya bagi golongan wanita. Nangis sepuas-puasnya untuk melegakan
rasa yang sedang bergolak di dalam hati dan jiwa anda. Selepas menangis, pasti
anda akan merasa lebih lega.
Tidur
Apabila
kepala sudah sarat dengan pelbagai tekanan dan akhirnya sakit kepala mula menyerang.
Cara yang paling mudah untuk mengatasinya adalah dengan tidur. Selain dapat
merehatkan minda dan tubuh, tidur juga dapat membantu melupakan tekanan yang
sedang dihadapi.
Bersukan
Mungkin
ramai yang tak menyedari bersukan, bersenam atau beriadah mampu mengurangkan
rasa tekanan yang dihadapi. Cuba lakukan aktiviti sukan yang anda gemari atau
sekadar mencuba. Sebagai contoh bermain badminton, futsal atau berbasikal.
Selain mengeluarkan peluh, aktiviti tersebut juga menyihatkan badan serta mampu menghilangkan stres.
Meditasi
Sebaik-baiknya
lakukan meditasi selepas bangun daripada tidur, sebelum anda bersiap ke tempat
kerja dan menyediakan sarapan. Lakukan meditasi dengan tujuan untukmengurangkan tekanan dan membantu anda berasa tenang. Sekiranya anda benar fokus
dan konsisten dengan aktiviti meditasi anda. Sekaligus ia akan membantu
mengurangi tekanan, cemas, murung yang sering anda alami.
Sumber Foto:
bismillahi
ReplyDeleteKenali Gejala Kanker Paru Paru , Kenali Gejala Kanker Paru Paru , Kenali Gejala Kanker Paru Paru , Kenali Gejala Kanker Paru Paru , Kenali Gejala Kanker Paru Paru , Kenali Gejala Kanker Paru Paru