Masih
ramai rakyat Malaysia kurang kesedaran tentang kepentingan insurans. Rata-rata
mereka yang pergi melancong ke luar negara tidak melengkapkan diri dengan
perlindungan insurans. Menurut laporan Berita Harian, hanya 34.6 peratus rakyat
Malaysia membeli insurans perjalanan ketika ke luar negara dan lokasi mencabar.
Ternyata hal ini menggambarkan bahawa kesedaran pengambilan insurans yang
rendah di negara ini. Musibah boleh berlaku pada bila-bila masa. Mungkin
sebelum perjalanan anda dalam keadaan sihat, namun bagaimana sesudah sampai ke
luar negara anda ditakdirkan jatuh sakit atau berlaku kemalangan?
Adakah anda pernah terfikir dan sudah bersedia berdepan dengan keadaan tak dijangka? Adakah sumber kewangan anda sudah mencukupi? Jika hal ini berlaku
ternyata ia akan memberi kesan kepada percutian anda. Semestinya anda perlu
tinggal lebih lama di sana, di mana anda perlu mengeluarkan kos untuk tempat
tinggal, makan dan sebagainya tentu memerlukan sumber kewangan yang mencukupi.
Hal
ini, juga dibuktikan apabila menurut laporan berita melaporkan kejadian rakyat
Malaysia yang tidak lindungi oleh insurans perjalanan terkandas di luar negara kerana terlantar akibat sakit kronik. Mereka mengalami kesukaran untuk pulang akibat kekurangan sumber kewangan serta tidak mampu menanggung kos perubatan mencecah ratusan ribu ringgit sehingga terpaksa meminta bantuan orang ramai.
Beban
yang ditanggung mungkin akan berkurangan sekiranya setiap individu yang ingin
ke luar negara melindungi diri sewajarnya dengan insurans perjalanan. Sekurang-kurangnya, pihak
insurans dapat membantu menanggung kos rawatan.
Pembelian
insurans perjalanan juga disokong oleh kerajaan, di mana baru-baru ini Kementerian
Pengakutan telah mengeluarkan kenyataan sedia mengkaji keperluan penumpang
pesawat dari kalangan rakyat Malaysia yang mahu ke luar negara mengambil
insurans perjalanan menerusi syarikat penerbangan.
Setiap
individu seharusnya sudah perlu tahu kepentingan melengkapkan diri dengan insurans
perjalanan. Jangan terlalu berkira untuk melindungi diri pada waktu tak terjangka. Apa yang lebih penting risiko yang mungkin berlaku dengan melihat kepada situasi yang tak dijangka iaitu disaat apabila secara tiba-tiba berlakunya musibah. Seperti kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan.
Sumber Foto:
bismillahi
ReplyDeleteApa Itu Penyakit Stroke? , Apa Itu Penyakit Stroke? , Apa Itu Penyakit Stroke? , Apa Itu Penyakit Stroke? , Apa Itu Penyakit Stroke?
bismillahi
Inilah Tanaman Dapat Menyembuhkan Kanker Paru Paru , Inilah Tanaman Dapat Menyembuhkan Kanker Paru Paru , Inilah Tanaman Dapat Menyembuhkan Kanker Paru Paru , Inilah Tanaman Dapat Menyembuhkan Kanker Paru Paru , Inilah Tanaman Dapat Menyembuhkan Kanker Paru Paru