Makanan yang tidak habis dimakan
biasanya akan disimpan di dalam peti sejuk dan akan dipanaskan semula untuk
dimakan pada keesokan harinya.
Bagaimanapun, tabiat sebegitu
sebenarnya tidak sihat kerana makanan yang disimpan itu sebenarnya telah
dicemari dengan pelbagai jenis bakteria yang berisiko menyebabkan keracunan
makanan.
Dalam satu kajian yang dijalankan oleh
pakar pemakanan daripada Pusat Kawalan Pemakanan Sihatdi North Carolina, Amerik
Syarikat memberitahu, makanan yang terdedah pada suhu bilik boleh dicemari bakteria
dan ia mudah membiak kerana faktor persekitaran.
Menurut penyelidik, Dr. Benjamin
Chapman, memberitahu, makanan seperti nasi boleh mengakibatkan berlakunya
masalah keracunan makanan jika ia tidak disimpan dengan cara yang betul.
Hal ini kerana, nasi yang telah
dimasak dan dipanaskan semula untuk dimakan tidak membunuh sepenuhnya pathogen atau
bakteria yang hidup di udara sekali gus menyebabkan ia tercemar.
Bakteria seperti Bacillus cereus yang
hidup pada tanah dan makanan menjadi punca utama kepada keracunan makanan.
Sumber Artikel : Kosmo
Sumber Foto: monkeybusinessimages/iStock/Thinkstock
No comments:
Post a Comment