Setiap orang pasti mengimpikan
percutian yang tenang dan menyeronokkan bersama keluarga dan rakan-rakan.
Namun, demi merealisasikan percutian yang sempurna apa yang anda perlu lakukan adalah
dengan membuat persiapan awal atau semakan perjalan (Travel Checklist). Ayuh
singkap beberapa perkara penting yang perlu anda lakukan sebelum pergi bercuti.
Pasport dan Visa
Sebelum membuat tempahan
penerbangan pastikan pasport anda masih lagi aktif dan belum tamat tempoh.
Selain itu, anda juga perlu memastikan negara yang ingin anda kunjungi itu
memerlukan anda untuk memohon sebarang visa kemasukan untuk ke negara tersebut
ataupun tidak.
Insurans Perjalanan
Ramai yang sering mengabaikan
insurans perjalanan kerana menganggap ianya hanya akan menambah kos percutian.
Tahukah anda dengan membeli insurans perjalanan sebelum bercuti adalah suatu
tindakan bijak demi melindungi anda sepanjang tempoh percutian? Antara manfaat
perlindungan termasuk kehilangan bagasi, penangguhan penerbangan, kehilangan
dokumen perjalanan dan juga perlindungan kos perubatan akibat kemalangan dan
sakit. Berbelanja lebih untuk membeli insurans perjalanan demi menjamin
ketenangan minda ketika bercuti adalah suatu tindakan yang bijak dan berbaloi. Ayuh, lindungi perjalanan anda di easicircle
Wang Tunai
Tidak semua tempat yang akan anda
kunjungi menerima kad kredit. Jadi untuk langkah keselamatan lebih baik jika
anda membawa lebihan wang. Jika anda risau perkara tidak diingini berlaku
seperti kehilangan dompet atau dirompak anda boleh menyimpan wang terssebut di
tempat penginapan.
Salinan Dokumen
Pastikan anda membuat salinan
dokumen penting seperti pasport dan visa. Cara paling mudah dengan menyimpan
semua salinan dokumen penting melalui email anda. Hal ini kerana untuk
memastikan jika berlaku kehilangan pasport anda sudah mempunyai salinan yang membuktikan
kesahihan kewarganegaraan anda.
Peralatan Untuk Alat Elektronik
Setiap negara mempunyai plug soket
yang berbeza. Jadi perkara paling penting yang perlu anda bawa sebelum bercuti
adalah plug unirversal. Hal ini, akan memudahkan anda untuk mengecas alat
elektronik yang dibawa terutama sekali telefon bimbit.
Sumber Foto: