Urus Pendapatan Dengan Baik
Hal ini, adalah asas untuk
mencapai matlamat kewangan sebenar. Apa jenis pekerjaan sekalipun tidak kira bergaji besar mahupun kecil. Anda perlu bijak menguruskan pendapatan dengan
mendahulukan segala komitmen bulanan terlebih dahulu. Utamakan keperluan
daripada kehendak. Perlu konsisten supaya aliran kewangan anda tidak terjejas.
Mempunyai Simpanan Tetap
Simpanan tetap bermaksud simpanan
kecemasan yang anda akan hanya keluarkan jika berlakunya hal penting dan
kecemasan sahaja. Mulakan dengan ketepikan 10 peratus daripada gaji anda.
Namun, cuba tingkatkan jumlah simpanan mengikut kemampuan secara berkala.
Mempunyai Perlindungan Insurans
Kesihatan adalah aset paling
berharga. Maka lindungilah diri di usia muda dengan perlindungan insurans nyawa
dan kesihatan. Sekurang-kurangnya, anda sudah mempunyai biaya untuk kesihatan dan diri jika ditimpa musibah yang tak diduga.
Mempunyai Aset
Membeli sekurang-sekurangnya
sebuah rumah sebagai aset. Beli rumah mengikut kemampuan gaji anda. Cuba
sediakan satu tabung khas sebagai simpanan persediaan untuk memiliki rumah
pertama. Pembelian rumah atau hartanah juga boleh dijadikan sebagai pelaburan yang
mendatangkan keuntungan berlipat kali ganda sekiranya dijual pada masa akan
datang. Selain itu, membeli rumah di usia muda juga mampu memanjangkan tempoh
pinjaman perumahan dan ansuran bulanan juga akan menjadi rendah.
Bebas Dari Hutang Jahat
Elakkan dari membuat pinjaman
peribadi, kad kredit, atau membeli telefon pintar secara ansuran. Hal ini,
hanya akan mengakibatkan anda terikat dengan hutang yang mempunyai kadar faedah
yang tinggi. Jika ini berlaku ia hanya akan menambah perbelanjaan. Malah, menyukarkan
pinjaman perumahan anda daripada diluluskan.
Mempunyai Kenderaan Sendiri
Memiliki kereta idaman menjadi impian
setiap individu. Namun memiliki kereta mengikut kemampuan itu jauh lebih penting. Ambil
tahu tentang kos penyelenggaran sesebuah kenderaan supaya tidak terbeban dengan
kos selenggara. Tidak perlu memakai kereta import jika separuh daripada gaji
anda harus dihabiskan untuk membayar ansuran bulanan.
Sumber Foto: